Papan utama
Pekerja
Kontraktor dan freelance disenaraikan di sini tetapi tidak menerima
caruman statutori dan tidak dikira dalam bilangan pekerja HRD Corp.
Cuti
Kelayakan dikira dari tempoh perkhidmatan mengikut Akta Kerja 1955.
Cuti tanpa gaji yang diluluskan akan mengalir ke payroll bulan berkenaan.
Kehadiran
Kerja dari rumah
Permohonan WFH, jadual mingguan dan laporan kerja harian staf.
Payroll
Setiap bulan adalah satu run. Selepas dimuktamadkan, angka dibekukan
dan tidak berubah walaupun gaji atau kadar dikemas kini kemudian.
Hebahan
Makluman dan polisi kepada staf, dipaparkan di portal staf. Anda boleh melihat siapa sudah membaca dan mengesahkannya.
Rekod
Klaim, pinjaman, dokumen dan disiplin. Hanya modul yang dihidupkan
di Tetapan akan muncul di sini.
Tetapan
Maklumat syarikat, waktu kerja, pengguna dan data. Pilih bahagian di sebelah kiri.
Maklumat syarikat
Digunakan pada slip gaji dan borang statutori.
Jadual kerja
Menentukan hari bekerja, waktu mula dan waktu tamat. Waktu mula
digunakan untuk mengira kelewatan, dan hari bekerja menentukan hari
mana dikira sebagai cuti dan hari mana hari rehat.
Kumpulan liputan cuti
Hadkan bilangan staf dalam satu kumpulan yang bercuti pada hari yang sama, contohnya kaunter atau
syif. Hanya untuk jenis cuti yang anda pilih — cuti sakit, bersalin dan paterniti tidak boleh disekat.
Tetapan kehadiran
Minit lewat sentiasa dikira dan disimpan walaupun paparan ditutup,
supaya sejarah tersedia pada hari anda menghidupkannya.
Portal staf & kiosk
Lokasi pejabat digunakan untuk mengesahkan clock-in GPS. Pengesahan
berlaku di pelayan, bukan dalam pelayar staf.
Kerja dari rumah (WFH)
Hidupkan atau matikan WFH, tetapkan tarikh akhir permohonan, had, kelulusan dan pekerja yang layak.
Pengguna sistem
Cipta akaun log masuk untuk pentadbir dan staf terus dari sini.
Pengguna baharu diwajibkan menukar kata laluan sementara semasa log masuk pertama.
Kelulusan berperingkat
Permohonan cuti dan klaim disokong penyelia, kemudian diluluskan HR. Klaim besar dan payroll
boleh diwajibkan kelulusan pengarah. Tiada sesiapa boleh meluluskan permohonan sendiri.
Kadar tuntutan perjalanan
Kadar RM sekilometer untuk klaim "Perjalanan (km)". Staf hanya mengisi jarak — sistem
mengira amaun secara automatik dan staf tidak boleh mengubahnya.
Reka bentuk slip gaji
Pilih reka bentuk, warna dan fon slip gaji. Tetapan ini digunakan untuk semua
slip syarikat, di panel pentadbir dan portal pekerja. Angka slip tidak berubah.
Akaun bank syarikat
Untuk fail bayaran gaji bank di skrin Payroll. Hanya pentadbir boleh melihat maklumat ini.
Kadar statutori
Kadar disimpan mengikut tahun. Bila kadar berubah pada tahun hadapan,
tambah baris tahun baharu — jangan ubah tahun lama, kerana slip gaji
lama mesti kekal menggunakan kadar asalnya.
Modul
Modul yang ditutup akan hilang dari menu. Jadual pangkalan datanya
tetap ada, jadi tiada data hilang bila anda buka semula.
Langganan hrmsystem.my
Lihat pelan dan tarikh tamat, minta invois pembaharuan, bayar dan pesan add-on.
Buku panduan pekerja
Isi polisi syarikat, semak pematuhan, terbitkan kepada staf dan lihat siapa yang telah membaca.
Import data dari sistem lama
Untuk syarikat yang mula menggunakan sistem di pertengahan tahun. Setiap fail
disemak baris demi baris sebelum dimasukkan.
Tong sampah
Rekod yang dipadam disimpan selama 30 hari dan boleh dipulihkan, termasuk
rekod berkaitan yang terpadam bersamanya.
Log audit
Setiap perubahan direkod dengan nilai sebelum dan selepas, serta siapa yang
mengubahnya. Perubahan yang tersilap boleh diundur.
Sandaran
Sandaran penuh semua data syarikat anda dalam satu fail. Simpan salinan
selepas setiap kali memuktamadkan payroll. Rekod gaji mesti disimpan enam tahun.